Detik Permulaan
Silat Seni Gayong merupakan satu daripada beberapa jenis silat yang dipusakai oleh Bangsa Melayu.Bagi kontek Singapura,ia dipercayai mula diperkenalkan pada tahun 1942,semasa pergolakkan perang Dunia Kedua,di Pulau Sudong oleh seorang yang bernama Tengku Daing Meor Abdul Rahman Bin Uda Mat Hashim pada tarikh 17hb Februari.
Diatas usaha beliaulah,Silat Seni Gayong terus dipelajari hingga sampai ketanah besar Singapura.Beliau kini menjadi MAHAGURU Silat Seni Gayong Singapura dan serantau dengan gelaran DATUK Tengku Daing Meor Abdul Rahman D.P.C.M(Datuk Paduka Corek SiManjakini)adalah gelaran darjat yang telah dikurniakan oleh Almarhom Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan.
Lahirnya Seorang Tokoh
Seterusnya,penyebaran pengajarannya berkembang dan melahirkan beberapa tokoh yang didapati mampu memikul tanggong jawab pada seni ini.Salah seorang daripadanya ialah Encik Haji Hussain Bin Kaslan,dimana beliau di lantik menjadi wakil Mahaguru pada tahun 1958.Beliau telah ditabalkan oleh DATOK MAHAGURU di Perak Darul Rizwan,sebagai IMAM KHALIFAH S.S.G.Singapura dan serantau dengan sandang "Seri Mahkota Agung Relang Pelangi"
PASAK
Diatas usaha beliau dan rakan-rakan seperjuangannya,seni ini telah dijadikan salah satu kegiatan budaya Melayu,dibawah sebuah pertubuhan budaya yang dikenali dengan nama "Perkasa Angkatan '59" pada tahun 1959.
Dalam tahun 1963,nama pertubuhan ini ditukarkan kepada "PASAK",iaitu bererti "keutuhan" atau nama penuhnya,"PERKUMPULAN ANAK-ANAK SANDIWARA ANGKATAN KESENIAN".Melaluinya berkembang pesatlah penyebaran seni ini.
MGG
Kini nama PASAK masih terus dikekalkan dan dari kejayaannya,ia telah dapat menguruskan Krusus-Krusus Guru Silat,maka dari itu lahirlah pula Guru-Guru silatnya yang bertauliah.Mereka ini dilengkapi dengan segala pengetahuan mengenai hal ehwal Silat Seni Gayong yang termasuk Pensejarahan,Sukatan Pelajaran,Adat istiadat,dan lain-lain lagi.Oleh itu ,dibentuk pula Majlis Guru-Guru atau "MGG" dalam tahun 1972.Majlis inilah yang bertanggong jawab mempertahankan kesucian,keaslian dan keseragaman pada setiap anggotanya,dan demi untuk mengelakkan segala keburukkan pada pembelajaran dan pengajaran(khasnya)pada kegitatan seni silat,ia telah pula mencetakkan beberapa buah buku panduan.
Begitulah seterusnya,keutuhan Seni Pusaka Bangsa ini di pertahankan.Melalui PASAK yang kini lebih cenderung pada persilatan yang diterajui oleh Encik Haji Hussain Bin Kaslan dan dari kelahiran guru guru yang bertauliah,banyaklah pula gelanggang-gelanggang latihan dapat dibentuk.Terdapat juga guru-gurunya yang sanggup mengulangi tambak Johor,khasnya untuk mempertahankan keujudan seni ini disana.Sehingga kini terdapat sebanyak 15 buah gelanggang yang sedang berfungsi.
InsyaALLAH,semuga SILAT SENI GAYONG akan berkekalan sepanjang zaman.
|
|





|